Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO LELAKI KENDONG IBU TAWAF DI MASJIDIL HARAM TULAR

DUNIA

VIDEO LELAKI KENDONG IBU TAWAF DI MASJIDIL HARAM TULAR

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki menggendong ibunya di belakang badan semasa melaksanakan ibadah tawaf di Masjidil Haram, Makkah.

KUALA LUMPUR: Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki menggendong ibunya di belakang badan semasa melaksanakan ibadah tawaf di Masjidil Haram, Makkah.

Video tersebut dirakam seorang warga Turkiye dan dimuat naik di akaun Twitter @suleymanragip semasa dia menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan, lelaki yang menggendong ibunya dikenali sebagai Kemal Abi, jemaah yang berasal dari Uzbekistan.

“Saya melihat suasana yang menarik perhatian saya di Kaabah setelah beberapa hari saya berada di sini, dan saya menggunakan telefon saya untuk merakam detik tersebut.

“Alangkah cantiknya anakmu.

“Semoga Allah kurniakan kita sifat menghargai ibu bapa kita,” ciap pemilik akaun Twitter tersebut.

Video tersebut mengundang reaksi positif termasuk pujian kepada lelaki tersebut serta mendoakan kesihatan untuk dia dan ibunya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading