Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAKAF MADANI KE ARAH KEADILAN EKONOMI – DPIM

DALAM NEGARA

WAKAF MADANI KE ARAH KEADILAN EKONOMI – DPIM

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk melaksanakan inisiatif Wakaf Madani dalam Belanjawan Negara 2023.

KUALA LUMPUR: Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk melaksanakan inisiatif Wakaf Madani dalam Belanjawan Negara 2023.

Dalam satu kenyataan media, Presiden DPIM Mohammad Sahar Mat Din berkata pihaknya konsisten dengan pandangan bahawa wakaf berupaya menjadi sektor ketiga ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta.

“Bagi menjayakan usaha tersebut, pendekatan wakaf yang selama ini hanya tertumpu dalam bidang hal ehwal keagamaan seperti pembinaan masjid, surau, sekolah-sekolah agama dan tanah perkuburan, diberi nafas baru dengan inovasi wakaf dalam bentuk penjanaan ekonomi berbentuk menghimpun kekayaan melalui pembangunan bisnes yang strategik,” katanya.

Tambah beliau bagi menjayakan agenda itu, kerajaan boleh mengaplikasi model Wakaf Korporat yang telah terbukti mampu mengubah kaedah pemilikan harta kekayaan daripada pegangan individu dan kerajaan kepada pegangan institusi wakaf.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading