WAKIL PBB BERI AMARAN RANCANGAN ISRAEL ANEX TEBING BARAT

BAITULMAQDIS: Penyelaras Khas PBB bagi Proses Keamanan Timur Tengah memberi amaran terhadap rancangan Israel untuk menggabungkan keseluruhan kawasan C di Tebing Barat semalam.
“Jika (rancangan) ini dilaksanakan, ia akan memberi tamparan hebat dalam potensi untuk memulihkan rundingan Palestin Israel, memajukan keamanan serantau dan penyelesaian dua negara,” kata Nickolay Mladenov dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Anadolu.
Presiden Israel, Benjamin Netanyahu dan pesaingnya daripada Blue-White Party, Benny Gantz berjanji untuk menggabungkan wilayah Jordan, utara Laut Mati dan penempatan di Tebing Barat jika mereka menang pilihanraya.
Dianggarkan 650,000 yahudi kini menetap di lebih 100 penempatan haram sejak 1967 apabila Israel menjajah Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.
Palestin berkeras untuk mendapatkan semula seluruh Tebing Barat bersama-sama Gaza bagi pembentukan negara Palestin pada masa akan datang.
Undang-undang antarabangsa melihat Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah yang diduduki dan menganggap semua aktiviti pembinaan Yahudi di sana menyalahi undang-undang. — Terjemahan AlHijrah Online