Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA CEDERA KERETA DITIMPA POKOK TUMBANG KETIKA BALIK MENGUNDI

DALAM NEGARA

WANITA CEDERA KERETA DITIMPA POKOK TUMBANG KETIKA BALIK MENGUNDI

Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.

JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya. 

Beliau berkata insiden dipercayai berlaku semasa Tan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin di sini. 

“Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut. 

“Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua gergaji rantai,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Mohd Shah Rizal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.02 petang sebelum sebuah kenderaan EMRS dan kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading