Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA DALAM TEMPOH IDAH BOLEH KELUAR MENGUNDI – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

WANITA DALAM TEMPOH IDAH BOLEH KELUAR MENGUNDI – MOHD NA’IM

Menurut Mohd Na’im, wanita dalam idah yang ingin keluar mengundi perlu menjauhkan perkara yang mengundang fitnah antaranya tidak berhias, tidak memakai wangian serta menghias wajah secara berlebihan

Gambar fail. Sumber: BERNAMA

TAIPING: Wanita yang sedang dalam tempoh idah diharuskan untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, individu tersebut perlu mematuhi syarat parameter semasa dalam tempoh idah dengan menjaga penampilan dan adab dalam berkabung.

“Sebagai warganegara, mereka (balu) ada kewajipan demokrasi untuk keluar rumah dan mengundi, mereka keluar bukan untuk bergembira, tetapi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi.

“Selepas selesai mengundi, balu terbabit perlu terus kembali ke rumah,” katanya selepas sesi penyerahan Program MyHAUS dan Program Sinar Kasih Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) di Jalan Batu Matang, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Na’im, wanita dalam idah yang ingin keluar mengundi perlu menjauhkan perkara yang mengundang fitnah antaranya tidak berhias, tidak memakai wangian serta menghias wajah secara berlebihan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading