WANITA DITAHAN BANTU SIASATAN KES SIMBAH AIR PANAS
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali, Balik Pulau semalam.
BALIK PULAU: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata wanita berumur 39 tahun itu ditahan pukul 9.21 malam tadi di kawasan pangsapuri terbabit.
“Wanita itu tinggal di kawasan pangsapuri itu dan dia akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit termasuk punca insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan insiden itu berlaku ketika mangsa, 33, ingin pulang ke rumahnya di tingkat 16 dan dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada adik perempuannya pada kira-kira 9.20 pagi semalam.
Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, lelaki sindrom Down itu mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita ketika berada di dalam lif sehingga melecur pada bahagian badan.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Video insiden di dalam lif yang berdurasi 20 saat itu turut tular melalui media sosial dan warga siber mengecam tindakan wanita terbabit. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager