Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DIREMPUH LORI LANGGAR LAMPU MERAH

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DIREMPUH LORI LANGGAR LAMPU MERAH

KUCHING: Seorang wanita maut selepas motosikal diboncengnya dirempuh lori yang melanggar lampu merah di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Dato Bandar, di sini, hari ini.

Mangsa, Sharolyn Tan, 20 tahun, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi tadi melibatkan sebuah lori membawa muatan batu seberat 34 tan yang sedang bergerak lurus melanggar tepi sebelah kiri motosikal yang datang dari arah Pending ke simpang Jalan Dato Bandar.

“Perlanggaran itu menyebabkan motosikal bersama penunggang dan pembonceng diseret beberapa meter.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori itu tidak mematuhi lampu isyarat merah,” memetik laporan Harian Metro.

Ujar Alexson, pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa yang membonceng cedera di kepala manakala penunggang motosikal yang merupakan lelaki berusia 23 tahun mengalami cedera ringan di kaki kanan.

Mayat mangsa ditempatkan di Rumah Mayah Hospital Umum Sarawak sementara menunggu untuk dibedah siasat esok selepas ujian saringan COVID-19 dijalankan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading