Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHYIDDIN DIJANGKA UMUM PAKEJ BANTUAN EKONOMI LEBIH BESAR

DALAM NEGARA

MUHYIDDIN DIJANGKA UMUM PAKEJ BANTUAN EKONOMI LEBIH BESAR

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi dalam masa terdekat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pakej tersebut akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selain pengumuman Pelan Pemulihan Negara, saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar, ia tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu membuat kenyataan awal mengenai pengumuman itu,” katanya dalam sesi webinar bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) bernilai RM40 bilion kepada rakyat bagi menghadapi kemelut pandemik COVID-19.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM340 bilion melalui pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi sejak COVID-19 melanda di Malaysia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading