Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT KERETA LANGGAR TEMBOK PLAZA TOL

DALAM NEGARA

WANITA MAUT KERETA LANGGAR TEMBOK PLAZA TOL

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok batu penghadang Plaza Tol Bukit Kiara, Lebuhraya Penchala Link, di sini awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok batu penghadang Plaza Tol Bukit Kiara, Lebuhraya Penchala Link, di sini awal pagi tadi.

Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, kemalangan melibatkan wanita berusia 27 tahun yang maut dan seorang lelaki berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan ringan.

“Kenderaan jenis Perodua Axia yang terbabas telah melanggar tembok batu penghadang Plaza Tol Bukit Kiara Lebuhraya Penchala Link.

“Kedua mangsa dikeluarkan dari kenderaan dengan menggunakan peralatan khas menyelamat dan mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi mengeluarkan kedua mangsa telah selesai sepenuhnya pada jam 6.21 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading