Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MENGAKU BERSALAH DERA ADIK IPAR

DALAM NEGARA

WANITA MENGAKU BERSALAH DERA ADIK IPAR

KUALA PILAH: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan memukul adik iparnya di sebuah rumah di Felda Raja Alias 4 Jempol, Negeri Sembilan.

Mengikut pertuduhan, Noor Asidah Md. Nor, 35, dituduh memukul kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menggunakan rotan, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di seluruh anggota badan.

Kecederaaan mangsa membabitkan bahagian belakang badan, kedua-dua belah tangan, kedua-dua belah kaki, telinga dan kepala.

Tertuduh sebagai penjaga kepada mangsa, melakukan perbuatan itu kira-kira jam 8.30 pagi pada 4 Jun lalu.

Dimaklumkan nasib malang kanak-kanak itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

Tertuduh berdepan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Sabit kesalahan tertuduh bakal berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Hakim, Norma Ismail menetapkan satu tarikh lain bagi pelaksanaan hukuman, sementara menunggu laporan penuh perubatan mangsa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 14 Julai ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading