WANITA WARGA EMAS RUGI LEBIH RM60,000 AKIBAT TIPU RITUAL BUANG SIAL
Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan tawaran seorang bomoh yang kononnya mampu membuang sial yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada ahli keluarganya, semalam.
SIBU: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan tawaran seorang bomoh yang kononnya mampu membuang sial yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada ahli keluarganya, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian itu bermula apabila mangsa berusia dalam lingkungan 70-an didatangi seorang wanita tidak dikenali di kawasan pasar Sibu yang bertanyakan tentang lokasi kedai ubat tradisional Cina.
“Menurut mangsa, berdasarkan loghat percakapan wanita itu, suspek disyaki warga China. Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita dengan loghat sama turut bertanyakan lokasi tempat sembahyang untuk membuang sial,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa berjalan kaki ke kawasan tempat letak kereta berdekatan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan bersama-sama tiga wanita asing terbabit.
“Mangsa dimaklumkan bahawa dirinya mempunyai sial yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada ahli keluarga sekiranya tidak dibuang melalui ritual khas. Akibat ketakutan, mangsa akur dengan arahan suspek,” katanya.
Zulkipli berkata mangsa telah menyerahkan wang tunai serta barang kemas berjumlah RM60,794 sebagai syarat ritual. Selepas upacara ritual palsu itu, mangsa diberi bungkusan plastik hitam dan diarahkan supaya membukanya selepas seminggu.
Namun, apabila anak mangsa membuka bungkusan berkenaan, ia hanya mengandungi mi segera, satu kilogram garam dan empat botol air mineral. Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis.
Zulkipli berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu menerima laporan itu pada hari sama dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional, ritual atau upacara buang sial dengan meminta wang tunai atau barang kemas.
“Jangan mudah terpedaya dengan ugutan atau janji yang menimbulkan rasa takut kerana ia boleh menjadikan anda mangsa penipuan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked