Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DITIKAM DENGAN GUNTING DI KEPALA KETIKA CUBA LERAI PERGADUHAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DITIKAM DENGAN GUNTING DI KEPALA KETIKA CUBA LERAI PERGADUHAN

KEPALA BATAS: Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak di sebuah rumah di Pekan Darat di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa berada di rumah berkenaan sebelum berlaku pertengkaran antara seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dengan ibunya berusia 70-an.

Wanita berusia lingkungan 80-an itu cuba meleraikan pergaduhan sebelum lelaki terbabit yang juga anak saudaranya bertindak mengambil sebilah gunting di atas meja lalu menikam bahagian kiri kepala mangsa.

Lelaki terbabit kemudian mengamuk dengan memecahkan cermin rumah saudaranya yang lain di kawasan berhampiran sebelum orang ramai menghubungi polis.

Suspek berjaya ditahan polis tidak jauh dari kediamannya ketika cuba melarikan diri.

Sumber berkata mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia manakala ibu kepada suspek yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading