Jika melihat kepada fizikal Omar Juree yang tanpa kaki kiri dan jari telunjuk tangan kanan, mungkin sukar untuk percaya di sebalik keadaan itu beliau gigih menghasilkan kraf ukiran.
Meskipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU), Omar, 63, masih meneruskan minatnya dalam seni ukiran kayu dengan menghasilkan model ikonik Pulau Pinang seperti feri dan kereta api Bukit Bendera untuk dijual.
GEORGE TOWN: Jika melihat kepada fizikal Omar Juree yang tanpa kaki kiri dan jari telunjuk tangan kanan, mungkin sukar untuk percaya di sebalik keadaan itu beliau gigih menghasilkan kraf ukiran.
Meskipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU), Omar, 63, masih meneruskan minatnya dalam seni ukiran kayu dengan menghasilkan model ikonik Pulau Pinang seperti feri dan kereta api Bukit Bendera untuk dijual.
Omar berkata beliau kehilangan kaki kirinya akibat penyakit diabetes ketika berusia 40 tahun namun tidak mematah semangat dan minatnya untuk terus menghasilkan seni ukiran kayu pengangkutan ikonik di Pulau Pinang tersebut.
“Jari saya pula terpaksa dipotong tahun lepas kerana jangkitan kuman ketika membuat kerja-kerja ukiran,” katanya yang ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Air Itam di sini baru-baru ini.
Omar berkata minat untuk menceburkan diri dalam penghasilan kraf tangan itu lahir ketika di bangku sekolah tetapi hanya mula menghasilkan secara serius pada usia 27 tahun.
“Dulu saya tinggal di Taman Selat, Butterworth dan setiap hari naik feri ke bahagian pulau untuk bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel. Semasa di dalam feri, saya selalu mengagumi keadaan feri itu,” katanya.
Selepas berpindah ke Kampung Air Itam, Omar berkata beliau mula menghasilkan ukiran replika feri itu dengan kad manila namun disebabkan kad manila yang lembut, ukiran tersebut tidak bertahan lama.
“Kemudian, saya cuba membuat dengan kadbod dan papan lapis dan hasilnya agak kukuh. Saya juga guna cat untuk mewarnakan feri ini mengikut warna sebenar supaya hasil itu sama seperti feri sebenar,” kata Omar yang dibantu isteri, Siti Fatimah Abu Bakar, 63, dalam menghasilkan ukiran.
Omar berkata kraf tangan yang menggunakan papan lapis dan kayu itu, mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan bermula dengan proses memotong kayu, mengukir, mengecat dan seterusnya diletak dalam kotak kaca.
Menurutnya replika feri yang dihasilkan itu berukuran 30 sentimeter (cm) dan 76cm manakala yang paling besar pernah dihasilkan adalah 122cm.
“Cabaran utama menghasilkan ukiran replika feri adalah ketika proses menebuk bagi menghasilkan tingkap…ia mengambil masa dan perlu bersabar supaya hasilnya akan nampak kemas,” katanya dan menambah ukiran berkenaan dijual pada harga RM250 hingga RM800 mengikut saiz.
Selain ukiran feri, Omar juga menghasilkan ukiran replika kereta api Bukit Bendera dengan menggunakan cara ukiran kayu yang sama dan ia mendapat tempahan daripada Perbadanan Bukit Bendera untuk diletakkan dalam muzium di Bukit Bendera.
Menurut Omar, beliau juga banyak menghadiahkan hasil seni ukiran kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak Pulau Pinang Irfan Bakti Abu Salim dan juga pemain import Pulau Pinang dari Maghribi, Merzagua Abderrazak.
“Saya juga menerima banyak tempahan daripada individu, pihak swasta dan kilang untuk dijadikan cenderahati kepada kenalan di dalam dan luar negara,” katanya yang telah menghasilkan lebih 500 ukiran replika feri dan kereta api Bukit Bendera.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked