Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WASPADA TERHADAP PAUTAN, AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU BANK ISLAM

DALAM NEGARA

WASPADA TERHADAP PAUTAN, AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU BANK ISLAM

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Gambar FAIL (BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff dalam kenyataan berkata semua kempen yang dianjurkan pihaknya hanya dipromosikan menerusi saluran rasmi Bank Islam.

“Bank Islam sentiasa mengutamakan keselamatan data dan kepentingan pelanggan. Kami tidak akan meminta maklumat peribadi atau sensitif pelanggan seperti nombor akaun, kata laluan atau kod kata laluan satu kali (OTP) melalui laman web mahupun akaun media sosial bagi sebarang kempen yang dijalankan.

“Malah promosi-promosi mengenai kempen hanya dilakukan pada laman rasmi Bank Islam sahaja. Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan taktik licik golongan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamed Iran Moriff turut meminta orang ramai untuk sentiasa memastikan kesahihan maklumat terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Semua maklumat rasmi berkaitan kempen, promosi, atau produk perbankan, hanya akan disiarkan melalui saluran rasmi iaitu laman web rasmi Bank Islam di pautan http://www.bankislam.com dan media sosial Bank Islam adalah Facebook Bank Islam Malaysia Berhad, Instagram bankislam dan X myBankIslam serta LinkedIn Bank Islam Malaysia Berhad,” katanya.

Pada masa sama, pengguna juga disarankan melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa dengan berhati-hati pautan boleh diklik, sentiasa log masuk ke akaun perbankan melalui laman web rasmi Bank Islam, memerhatikan pautan laman web dengan teliti sebelum meneruskan aktiviti perbankan.

Selain itu, beliau juga meminta orang ramai supaya memastikan imej dan kata keselamatan yang betul sebelum memasukkan kata laluan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading