Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WISMA JAKEL SHAH ALAM HAMPIR MUSNAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

WISMA JAKEL SHAH ALAM HAMPIR MUSNAH TERBAKAR

SHAH ALAM: Wisma Jakel Shah Alam hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.19 pagi.

“Kebakaran melibatkan satu lot kedai tiga tingkat yang terbakar 80 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan bahagian dalam kedai itu musnah terbakar.

Ujar Norazam api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan pihaknya sedang menjalankan pemadaman bara api dan kebakaran timbunan kain.

Sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

Punca kejadian masih disiasat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading