Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Yahudi pasang bom diluar sekolah dan Masjid Ibrahimi

DUNIA

Yahudi pasang bom diluar sekolah dan Masjid Ibrahimi

Sekolah dan masjid tidak terlepas daripada menjadi sasaran tentera zionis. – Foto Haluan Palestin

AL-KHALIL, 16 April— Gerombolan pendatang Yahudi memasang bahan letupan di luar sebuah sekolah Palestin serta di laluan masuk ke Masjid Ibrahimi di al-Khalil, kelmarin.

Mereka memasang perangkap letupan tersebut di tangga luar Sekolah Ibrahimiya, yang terletak tidak jauh dari Masjid Ibrahimi. Tentera Zionis kemudian mengosongkan sekolah dan penduduk sekitar setelah bahan-bahan tersebut ditemui.

Sebilangan lagi bahan letupan ditemui di salah satu laluan-laluan masuk ke Masjid Ibrahimi.

Sementara itu, tentera Zionis menyerang kanak-kanak Palestin selepas melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah Sekolah Tareq Bin Zayed di kota al-Khalil. – Haluan Palestin


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading