Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 JUTA PENUTUP MULUT DAN HIDUNG AKAN DIBAWA DARI CHINA

DALAM NEGARA

10 JUTA PENUTUP MULUT DAN HIDUNG AKAN DIBAWA DARI CHINA

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 juta penutup mulut dan hidung daripada China akan dibawa masuk secara berfasa, bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara, ketika negara berhadapan penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China, dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diuruskan Kementerian Pengangkutan, dengan kerjasama syarikat penerbangan.

“Kita sedang ‘finalise’ di bawah Kementerian Pengangkutan… akan bermula secepat mungkin…urusan sudah dimuktamadkan, fasa pertama, berapa banyak dan sebagainya,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, di sini, hari ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading