Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10,000 PESERTA BAKAL HADIR MAJLIS KHATAM SAMA’ HADITH SAHIH BUKHARI ANTARABANGSA MALAM INI

DALAM NEGARA

10,000 PESERTA BAKAL HADIR MAJLIS KHATAM SAMA’ HADITH SAHIH BUKHARI ANTARABANGSA MALAM INI

Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 merupakan kemuncak penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula pada 10 hingga 21 November 2024 di Masjid Putra, Putrajaya.

Sumber gambar: Facebook Majlis Bukhari Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 peserta dianggarkan hadir pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih al-Bukhari termasuk penyertaan dari luar negara, malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 merupakan kemuncak penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula pada 10 hingga 21 November 2024 di Masjid Putra, Putrajaya.

Ujar Mohd Na’im, majlis akan dimulakan dengan sesi bacaan Yasin dan solat hajat selepas solat Isya’, kemudian akan diserikan dengan syarahan perdana dan pengijazahan Sahih al-Bukhari oleh Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari, Mufti Besar India selepas sempurnanya perasmian Khatam Sama’ Hadith Sahih Bukhari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sebagai nilai tambah kepada penganjuran majlis pada kali ini, turut dianjurkan Majlis Ilmu Madani Sama’ Hadith Sahih Bukhari yang bermula selepas solat Asar dengan pengisian penyampaian tausiah dan sesi Isnad Para Masyayikh selepas solat Maghrib.

Penyampaian tausiah akan disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin bin Mohd. Yunus, Mufti Negeri Pahang, Sahibus Samahah Profesor Datuk Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Datuk Sheikh Afeefudeen al-Jailani dan Prof. Madya Dr. Umar bin Muhammad Noor.

“Oleh yang demikian, masyarakat awam dijemput hadir beramai-ramai ke majlis yang akan dianjurkan ini.

“Majlis juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” kata Mohd Na’im dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, program yang julung kali diadakan ini telah menerima penyertaan peserta dari dalam dan luar negara seperti India, Arab Saudi, Mesir, Syria, Libya, Tunisia, Uzbekistan dan Indonesia. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    21 November 2024 at 9:16 PM

    Pengacara Rahemy P.Ramlee tu anak P.Ramlee ke

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading