Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA HAMIL ANTARA TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA

DALAM NEGARA

WANITA HAMIL ANTARA TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA

Tiga termasuk seorang wanita sarat mengandung maut, manakala seorang lagi wanita hamil cedera parah selepas kenderaan dinaiki terbabas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, tengah malam tadi. 

Sumber Gambar: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Tiga termasuk seorang wanita sarat mengandung maut, manakala seorang lagi wanita hamil cedera parah selepas kenderaan dinaiki terbabas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, tengah malam tadi. 

Mangsa yang meninggal dunia adalah Nurulhuda Ramli, 41, Amizan Sapiie, 27, dan Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24 manakala individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai Nizasuhana Ujang, 28.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.10 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke lokasi.

“Kereta jenis Perodua Viva dinaiki empat individu itu dipercayai terbabas dengan tiga mangsa  disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis. 

“Seorang lagi wanita hamil mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Putrajaya bagi menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiga daripada mangsa berkenaan beralamat di Cheras, Kuala Lumpur dan Bestari Jaya, Selangor manakala seorang lagi Spaoh, Sarawak. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading