Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

13 PELAJAR TERLIBAT KES PUKUL DI SEKOLAH DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

DALAM NEGARA

13 PELAJAR TERLIBAT KES PUKUL DI SEKOLAH DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Sebanyak 13 pelajar tingkatan empat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Langkawi yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki dipukul beberapa pelajar lain dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

ALOR SETAR: Sebanyak 13 pelajar tingkatan empat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Langkawi yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki dipukul beberapa pelajar lain dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata semua rakaman percakapan telahpun diambil dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kesemua yang ditangkap diberi jaminan polis,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Semalam, media melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dipercayai dipukul beberapa pelajar lain yang tular menerusi satu rakaman video.

Kejadian pada 9 pagi kelmarin itu dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain yang mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pagi semalam.

Kemudian, polis menahan 13 pelajar tingkatan empat terbabit dengan masing-masing 12 pelajar ditahan pada 12.30 tengah hari manakala seorang lagi ditahan 3 petang semalam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading