Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

13 RAKYAT MALAYSIA SUDAH MENINGGALKAN UKRAINE, 8 DALAM PROSES PEMINDAHAN

DALAM NEGARA

13 RAKYAT MALAYSIA SUDAH MENINGGALKAN UKRAINE, 8 DALAM PROSES PEMINDAHAN

Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan kumpulan berkenaan untuk mengetahui perkembangan mereka.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Foto : Arkib)

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Kyiv sedang dalam proses memindahkan lapan orang rakyat Malaysia dan dua tanggungan asing keluar dari Kyiv.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak boleh mendedahkan lokasi semua individu terbabit atas faktor keselamatan.

“Sejumlah 13 rakyat kita yang lain sudah meninggalkan Ukraine dalam beberapa minggu yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan selepas sidang media di Bangkok, Thailand, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, status pergerakan baki 10 orang individu terbabit akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.

Beliau menjelaskan, Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan kumpulan berkenaan untuk mengetahui perkembangan mereka.

“Malaysia memandang serius terhadap peningkatan konflik di Ukraine dan menggesa semua pihak berkenaan untuk segera mengambil langkah mengurangkan, mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan, “ katanya.

Ismail Sabri berkata, dalam keadaan yang kritikal ketika ini, semua usaha perlu digandakan untuk mencari solusi perdamaian dan konflik itu perlu diselesaikan secara dialog dan perundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tambahnya, Malaysia akan terus menyokong usaha itu demi kepentingan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta menggalakkan kemakmuran yang lebih besar.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 13 RAKYAT MALAYSIA SUDAH MENINGGALKAN UKRAINE, 8 DALAM PROSES PEMINDAHAN – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading