Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

152 MAT REMPIT DIBAWA SOLAT SUBUH BERJEMAAH, DENGAR TAZKIRAH

DALAM NEGARA

152 MAT REMPIT DIBAWA SOLAT SUBUH BERJEMAAH, DENGAR TAZKIRAH

KUALA LUMPUR: Seramai 152 mat rempit ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan yang digerakkan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Kredit JSPTKL

KUALA LUMPUR: Seramai 152 mat rempit ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan yang digerakkan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Dalam operasi terbabit polis memeriksa 152 motosikal dan menyita 68 buah daripadanya manakala baki motosikal lain telah dikeluarkan saman atas pelbagai kesalahan.

Motosikal yang disita akan dibuat pemeriksaan selanjutnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata selain tindakan undang-undang, polis mengambil pendekatan secara keagamaan dengan membawa mereka yang ditahan untuk solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah.

“Mereka telah menyertai solat subuh berjemaah dan tazkirah yang memberi fokus kearah kesedaran tentang keburukan merempit dan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain dan telah di sampaikan oleh ASP Zamri Basiran dan Insp Abdullah Hafiz dari Unit Penguatkuasaan JSPT KL.

“Pendekatan secara keagamaan dan ilmiah kepada remaja diharapkan dapat membantu remaja warisan negara ini untuk menunjukkan akhlak mulia kepada masyarakat,” katanya.

Ibu bapa disarankan agar memberi lebih perhatian dalam mendidik anak–anak dan menjadikan mereka rakan untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang mereka hadapi

Perkara itu secara tidak langsung dapat mengurangkan fokus mereka terhadap aktiviti yang melanggar undang–undang jalan raya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading