KES ALIF TEEGA DIDAKWA SALAH GUNA WANG INFAK DIPINDAH KE MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan kes pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih dikenali sebagai Alif Teega atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang lebih RM60,000 yang diperoleh daripada kutipan dua program infak, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani yang turut dikenali sebagai Alif Teega, 30, (kanan) bersama isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan kes atas tuduhan salah guna wang infaq.
Sumber Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan kes pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih dikenali sebagai Alif Teega atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang lebih RM60,000 yang diperoleh daripada kutipan dua program infak, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin untuk memindahkan kes itu bagi dibicarakan bersama 10 pertuduhan lain serta menetapkan sebutan kes pada Rabu ini (23 Okt) dan wang jaminan berjumlah RM50,000 dilanjutkan.
Terdahulu, Julaila membuat permohonan itu mengikut Seksyen 61 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peguam Mohd Shahrullah Khan yang mewakili Mohd Hazalif berkata pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan dan memohon mahkamah menetapkan tarikh awal bagi sebutan kes.
“Hal ini kerana pihak kami ada membuat permohonan untuk pemulangan pasport sementara anak guam saya (Mohd Hazalif) di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” katanya.
Pada 20 Sept lepas, Mohd Hazalif, 30, didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan infak iftar di Makkah, Syria dan Palestin, di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari di sini pada 26 April lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai RM27,558.13 bagi tujuan program Jom! Sertai Infaq Daging Qurban di bank yang sama pada 15 Jun tahun ini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Pada 23 Sept lepas, Mohd Hazalif dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah RM1.52 juta antaranya bagi tujuan infak kurma, infak al-Quran, infak pek makanan bagi fakir miskin di Makkah dan Madinah, bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu serta set pakaian raya untuk anak yatim. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests