Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

17.65 JUTA PROFIL WARGANEGARA TELAH DIKEMAS KINI DALAM SISTEM PADU – RAFIZI

DALAM NEGARA

17.65 JUTA PROFIL WARGANEGARA TELAH DIKEMAS KINI DALAM SISTEM PADU – RAFIZI

Seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

PUTRAJAYA: Seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, berjaya dikemas kini dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan PADU.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama lagi, dan Kementerian Ekonomi seterusnya akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada Jemaah Menteri bulan ini.

“Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Pendaftaran sistem PADU ditutup pada 11.59 malam 31 Mac 2024. 

Rafizi berkata bagi warganegara yang tidak berjaya mendaftar dan mengemas kini profil di PADU, data pentadbiran sedia ada adalah mencukupi, dan akan digunakan oleh kerajaan untuk menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi.

“Sekiranya ada keperluan, Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula PADU untuk tempoh yang singkat bagi proses pendaftaran dan kemas kini setelah kerajaan membuat keputusan mengenai bentuk dan mekanisme subsidi bersasar,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading