TENTERA ISRAEL BERUNDUR DARIPADA HOSPITAL AL-SHIFA GAZA YANG SUDAH MUSNAH
GAZA: Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terkorban, lapor Agensi Anadolu (AA).
Gambar Hospital Al-Shifa yang musnah dikerjakan Israel. — AFP
GAZA: Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terkorban, lapor Agensi Anadolu (AA).
Saksi berkata tentera Israel berundur sepenuhnya daripada Hospital Al-Shifa dan penempatan sekitar, bergerak ke arah selatan kejiranan Tel al-Hawa di barat daya Gaza.
Sebelum berundur, tentera Israel membakar semua bangunan Hospital Al-Shifa menjadikannya tidak boleh beroperasi langsung. Bilik pembedahan dan wad hospital runtuh sepenuhnya, sementara bahagian lain termasuk tempat menyambut pelawat dan unit kecemasan dibakar memusnahkan kesemua peralatan perubatan di dalamnya, menurut saksi.
Saksi juga berkata tentera Israel turut membakar unit rawatan buah pinggang, kanser, mangsa kebakaran, wad bersalin dan rumah mayat selain daripada meruntuhkan bangunan klinik pesakit luar.
Mereka berkata ramai yang terkorban di Hospital Shifa dan jalan raya sekitarnya seperti Omar al-Mukhtar, Izz ad-Din al-Qassam, Abu Hasira, Bekir, dan Habbush sementara tentera Israel memusnahkan perkuburan sementara warga Palestin di Hospital Shifa dengan mengeluarkan mayat dan meletakkannya di kawasan lain dalam hospital itu.
Hospital itu dikepung pada 18 Mac lepas, sejak itu tentera Israel membunuh lebih daripada 400 warga Palestin dan memusnahkan lebih 1,050 kediaman dalam serangan 14 hari ke atas Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza, lapor pejabat media kerajaan pada Sabtu.
Israel melakukan serangan ketenteraan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas.
Hampir 32,800 warga Palestin terkorban dan 75,300 lagi cedera selain kemusnahan pada skala besar dan kekurangan bekalan keperluan. Israel telah mengenakan sekatan yang menjejaskan Semenanjung Gaza mengakibatkan penduduknya kelaparan.
Israel juga telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain daripada kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang serius sementara 60 peratus daripada infrastruktur telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Israel turut menghadapi pendakwaan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang pada Khamis lepas turut diperintahkan supaya bertindak untuk mengelakkan kebuluran di Gaza. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked