Sebahagian daripada 20 rakyat Malaysia tiba di Makkah kelmarin sebagai jemputan menyertai Program Haji Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain 1444H.
MAKKAH: 20 rakyat Malaysia yang menyertai Program Haji Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain 1444H kini telah berada di Makkah, Arab Saudi menjelang kemuncak haji, minggu hadapan.
Kesemua jemputan khas ini telah selesai menyempurnakan ibadah umrah sebaik tiba di Masjidil Haram, dari Jeddah.
Terdahulu, kesemua peserta Program Haji Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 2.15 pagi, Rabu lalu dengan pesawat Saudi Airlines untuk penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Di KLIA juga, satu majlis ringkas diadakan bagi menyambut jemaah-jemaah berkenaan sebelum proses daftar masuk, yang dikendalikan oleh Pegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya.
Menurut Ahmad Fazrin, program tahun ini adalah kali pertama diadakan semula selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.
“Setelah tiga tahun program ini berehat sejak musibah COVID-19 datang melanda, tahun lepas ia kembali diaktifkan semula oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi. Cuma tahun lepas tiada tetamu dari Malaysia yang dijemput,” kata Ahmad Fazrin.
Tambah beliau lagi, saban tahun, Raja Salman akan turut menaja 1,000 waris dan keluarga para syuhada dari Palestin nak menjadikan kuota berkenaan sebagai kuota wajib untuk tetamu dari Palestin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris antara yang menerima undangan menyertai program khas ini.
Beliau yang berkongsi keterujaannya kepada Alhijrah Online setelah selesai umrah pertama menyifatkan peluang berhimpun bersama Dhuyufurrahman lain dari seluruh dunia sebagai manifestasi penyatuan umat Islam dalam menyemai sifat kehambaan kepada Yang Maha Esa.
“Lautan jemaah dari seluruh dunia hadir bagi mengabdikan diri kepada Allah. Saat-saat di sini pastinya akan menjadi kenangan terindah, lebih-lebih untuk kita memperbaharui azam untuk menjadi hamba yang lebih baik selepas ini.
Namanzee, isteri dan seorang lagi jemaah wanita berswafoto selepas selesai umrah pertama pada Program Haji Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain 1444H. Sumber: Namanzee Harris
“Syukur apabila nama saya tersenarai dalam jemputan haji kali ini dan ia pengalaman sulung menunaikan rukun Islam kelima. Menjunjung kasih kepada baginda Raja Salman atas peluang ini, dan penghargaan juga kepada pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur,” jelas Namanzee dari Makkah kepada Alhijrah Online, ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.
Selain Namanzee, jemaah lain terdiri daripada usahawan dan tokoh perniagaan, ahli akademik, dan pengamal media. Antara yang tersenarai, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Ir. Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor, Naib Presiden Kanan (Wakaf & Komunikasi) Management and Sciences University (MSU) Datuk Rosli Yusof dan tokoh perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Sebahagian jemaah jemputan menikmati juadah selepas selesai menunaikan Umrah. Sumber: Namanzee Harris
Program tahunan kendalian Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi itu ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud yang membabitkan kos penginapan, tiket penerbangan, makan minum serta kos di Masya’ir Haram. — Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked