Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

25,000 KANAK-KANAK JADI YATIM PIATU AKIBAT KONFLIK GAZA

DALAM NEGARA

25,000 KANAK-KANAK JADI YATIM PIATU AKIBAT KONFLIK GAZA

Seramai 25,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat serangan berterusan Israel di wilayah terkepung itu.

Sumber Gambar: AFP

TEHRAN: Seramai 25,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat serangan berterusan Israel di wilayah terkepung itu, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean.

Agensi Berita Iran (IRNA) yang memetik Agensi Berita Sama Palestin melaporkan, kanak-kanak di Gaza telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sejak 7 Okt lepas iaitu hari pertama Israel memulakan  operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bilangan kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel di Gaza telah meningkat kepada 26,422 orang manakala 65,087 lagi cedera.

Serangan berterusan tentera penceroboh ke atas bangunan kediaman, kem-kem pelarian dan hospital kini telah memasuki hari ke-115 dengan menyebabkan pelbagai kesengsaraan kepada penduduk Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading