TUNKU AZIZAH PERMAISURI YANG SEMPURNA, TITAH AL-SULTAN ABDULLAH
Tempoh 38 tahun membina mahligai cinta bersama, termasuk ketika lima tahun bersemayam di Istana Negara, menyaksikan Al-Sultan Abdullah secara terbuka mengakui bahawa Tunku Azizah banyak memberi semangat dan kekuatan, terutama pada awal Seri Paduka menaiki takhta sebagai ketua utama negara pada 2019.
KUALA LUMPUR: Di belakang setiap lelaki yang hebat, pasti ada wanita tabah di sisinya.
Mungkin inilah kata-kata paling tepat menggambarkan betapa utuhnya kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tempoh 38 tahun membina mahligai cinta bersama, termasuk ketika lima tahun bersemayam di Istana Negara, menyaksikan Al-Sultan Abdullah secara terbuka mengakui bahawa Tunku Azizah banyak memberi semangat dan kekuatan, terutama pada awal Seri Paduka menaiki takhta sebagai ketua utama negara pada 2019.
Dalam wawancara bersama editor dan wartawan kanan media utama di Istana Negara baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah yang segak mengenakan sut hitam, menzahirkan rasa kasih dan penghargaan begitu tinggi kepada Tunku Azizah, insan yang teguh berdiri di sisinya mengharungi pelbagai kisah suka duka.
Yang di-Pertuan Agong melihat peranan Raja Permaisuri begitu menyerlah menyantuni rakyat jelata, kaum wanita dan golongan banduan menerusi pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan.
“Sudah tentu, bagi saya Azizah telah memainkan peranan luar biasa sebagai seorang Permaisuri dan isteri saya. Saya perlu bersetuju dengan anda bahawa Azizah banyak memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tugasan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Selain itu, sebagai ibu, sebagai isteri dan saya akui banyak sokongan, dukungan dan semangat yang diberi oleh Permaisuri terhadap saya. Alhamdulillah, saya bersyukur,” titah Seri Paduka, lantas mengundang senyuman manis Tunku Azizah yang berada di sisi Seri Paduka sepanjang sesi berkenaan.
Bagi Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah – wanita cekal yang pernah melalui enam kali episod keguguran dan 17 kali rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) – merupakan sosok seorang ibu, isteri dan Permaisuri yang cukup sempurna, malah banyak menasihati Seri Paduka dalam pelbagai perkara.
“Beliau (Tunku Azizah) menasihati saya macam ini, macam itu, (tapi) saya yang buat keputusan, bukan beliau,” titah Seri Paduka berseloroh.
Walaupun kurang sihat ketika sesi wawancara berlangsung, Tunku Azizah atau sering dipanggil “Ji” oleh Al-Sultan Abdullah, yang kelihatan anggun mengenakan persalinan serba merah jambu, sekali sekala “menyampuk” ketika pelbagai soalan dilontar pengamal media.
“Saya suri permai, bukan Permaisuri. Saya suri di rumah ini, saya jaga makan, saya tentukan semua. Tuanku jaga negara, saya jaga kediaman,” titah Tunku Azizah, 63, yang memiliki empat cahaya mata hasil rawatan IVF.
Sepanjang wawancara hampir dua jam itu, jelas terpancar rasa kecintaan Al-Sultan Abdullah yang mesra dipanggil “Alam” oleh Tunku Azizah, melalui bahasa dan gerak tubuhnya, tatapan mata Seri Paduka yang sesekali melirik ke arah Tunku Azizah, begitu jua sebaliknya.
“Terima kasih atas khidmat Azizah kepada Raja sebagai Permaisuri,” titah Seri Paduka lantas menghadiahkan kucupan mesra di pipi Tunku Azizah, tanda menghargai suri yang bertakhta di hati Al-Sultan Abdullah selama ini.
Episod cinta yang bermula di padang polo, membawa ke jenjang pelamin pada 6 Mac 1986 menyaksikan pasangan diraja yang sering kelihatan romantis dan saling berpegangan tangan, selain selalu “tampil” dengan aksi dan telatah comel, kini bahagia dengan empat putera dan lima puteri.
Walaupun sibuk dengan tugas hal ehwal negara dan menyantuni rakyat jelata, adakalanya mengetepikan protokol, hubungan kekeluargaan yang erat antara Seri Paduka berdua dengan kesemua paduka anakanda, menjadi model keakraban dan keutuhan institusi keluarga.
Al-Sultan Abdullah bertitah dalam setiap program menyantuni rakyat, Seri Paduka akan berusaha membawa bersama paduka anakanda, sekali gus membolehkan mereka menyantuni dan mengenali rakyat dengan lebih dekat.
Kini, “DNA” raja dan rakyat berpisah tiada turut diwarisi anakanda, yang juga Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Alhamdulillah, saya perlu katakan, saya tidak tahu orang lain, tetapi kami tidak perlu beritahu kepadanya (Tengku Hassanal) apa yang perlu dilakukan. Beliau tahu tugasnya. Sejak kecil saya dah kata ‘kamu dilahirkan untuk berkhidmat, tugas kamu ialah berkhidmat kepada rakyat’,” titah Tunku Azizah.
Esok 30 Jan, genaplah lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, maka Alam dan Ji akan kembali bersemayam di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Ketika ditanya perancangan sekembalinya ke Pahang, Seri Paduka bertitah banyak kerja yang perlu dilakukan baginda.
“Seperti saya kata tadi, saya baru 15 hari jadi Sultan Pahang. Jadi, rakyat Pahang ternanti-nanti saya. Banyak perlu dibaiki dan dimajukan, membantu rakyat miskin, ramai lagi rakyat miskin,” titah Al-Sultan Abdullah.
Mengakhiri wawancara itu, Seri Paduka berdua menzahirkan kesyukuran atas segala peluang menerajui negara selama lima tahun dan penghargaan kepada seluruh rakyat jelata serta memohon kemaafan terhadap segala kekurangan.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked