INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG PERLU DIPERKUKUH, KEKAL MEMAYUNGI RAKYAT
Seri Paduka bertitah pengukuhan institusi itu penting bagi memayungi rakyat dan pentadbiran, sekali gus memainkan peranan dan menjalankan kuasa sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Menjadi pelindung kepada amalan demokrasi negara sejak 1957, fungsi Institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai tiang seri kepada keamanan serta nadi kepada perpaduan negara perlu kekal dan terus diperkukuh, titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka bertitah pengukuhan institusi itu penting bagi memayungi rakyat dan pentadbiran, sekali gus memainkan peranan dan menjalankan kuasa sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.
Institusi itu juga, titah Al-Sultan Abdullah bukan sekadar simbol perpaduan masyarakat majmuk di negara ini, tetapi juga menjadi wadah pengharapan rakyat untuk mencari jalan penyelesaian kepada sebarang permasalahan yang melanda negara.
“Saya rasa institusi ini penting bagi negara kita, negara yang berbilang kaum ini, berbilang agama, berbilang bangsa. Saya fikir kita perlu ada institusi ini dan ia perlu ditegakkan demi negara, generasi akan datang.
“Kalau boleh diperkukuh lagi, bukan dengan memberi kuasa yang lebih … yang mana kita boleh kukuhkan lagi kita perlu buat … ia bukan tentang individu, tentang saya (tetapi institusi itu sendiri). Kami (Yang di-Pertuan Agong) datang dan pergi.
”Agong lima tahun berangkat balik, lagi lima tahun pulang ke negeri asal, institusi ini bukan perlu didewa-dewakan, tetapi diperkukuh, supaya sistem ini kekal memayungi rakyat, memayungi pentadbiran,“ titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah demikian dalam wawancara bersama editor dan wartawan kanan media utama bersempena dengan tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara, baru-baru ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang setia menemani Al-Sultan Abdullah sepanjang sesi wawancara hampir dua jam yang berlangsung secara santai dan berterus terang itu.
Seri Paduka bertitah meskipun Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, Institusi Yang di-Pertuan Agong sangat signifikan kerana sebagai Ketua Negara, baginda berperanan penting memastikan pentadbiran negara berada di landasan yang betul mengikut lunas undang-undang dan acuan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah bertitah pendidikan mengenai sejarah dan peranan Raja-Raja Melayu, pemimpin mengikut peruntukan Perlembagaan di peringkat sekolah juga perlu diperkukuh.
Selain itu, titah Seri Paduka, hubungan raja pemerintah dengan rakyat mestilah harmoni.
“Raja-raja juga perlu tahu peranan mereka, it takes two to tango (bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi). Saya bukan kata saya ini sempurna, tetapi saya ingin menasihati diri saya dan raja-raja lain supaya kita tahu peranan kita, menyantuni rakyat, lebih dekat dengan masalah rakyat dan membantu rakyat. Banyak juga peranan, kerja raja-raja ini.
“Jadi, dampingilah istana, (dekat) dengan institusi diraja, jangan dijauhi, sebab itu semua hak rakyat,” titah Al-Sultan Abdullah.
Ditanya tentang tindakan sesetengah pihak yang tidak menghormati institusi raja dan kadangkala sengaja membangkitkan isu-isu berkaitan 3R (raja, agama, kaum) sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, Al-Sultan Abdullah menasihati setiap rakyat agar sentiasa beradab menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam melontarkan pandangan tentang apa jua perkara.
“Jangan keterlaluan, biarlah berbatas. Saya memahami kadangkala banyak perasaan tidak senang, tapi buatlah secara yang berpatutan, jangan lontar fitnah, perkataan kesat, itu tidak molek daripada kaca mata kita,” titah Seri Paduka yang mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.
Menyingkap kembali detik pemerintahannya, Al-Sultan Abdullah diuji dengan pelbagai cabaran berliku dan peristiwa, termasuk penularan pandemik COVID-19 sehingga membawa kepada proklamasi darurat yang turut menyaksikan negara diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Selain itu, kebijaksanaan Seri Paduka turut diduga dengan episod pergolakan politik negara, yang menyaksikan pertukaran empat Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, kewibawaan dan sifat tenang yang ada pada diri Al-Sultan Abdullah, dibantu dengan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, membolehkan Seri Paduka yang berkelulusan dalam bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Diplomasi dari Worcester & Queen Elizabeth College, London, menyelesaikan semua permasalahan itu dengan baik, demi kesejahteraan rakyat jelata.
“Apabila saya memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya sedar lantikan saya ini dengan perkenan Majlis Raja-Raja, jadi apa sahaja yang saya lakukan, pada masa sama saya buat bagi pihak, wakil Majlis Raja-Raja.
“Ya, semua keputusan ialah keputusan Yang di-Pertuan Agong. Cuma apa yang saya buat, saya menyatakan apa-apa isu (yang timbul kepada Raja-Raja Melayu), saya bermusyawarah, berbincang, terima pandangan, terima cadangan tetapi keputusannya adalah daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri,” titah Al-Sultan Abdullah.
Dalam tempoh lima tahun, Al-Sultan Abdullah telah mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu sebanyak tiga kali dengan yang pertama pada 25 Okt 2020 bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 2020) untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kali kedua diadakan pada 16 Jun 2021 berhubung usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya dalam tempoh darurat.
Kali ketiga pula berlangsung pada 24 Nov 2022 berhubung pembentukan kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 menyaksikan Parlimen tergantung tanpa mana-mana parti atau gabungan politik memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked