29,423 TUNGGAKAN KES PUSAKA BERJAYA DISELESAIKAN SETAKAT OGOS
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ia adalah hasil usaha berterusan oleh KeTSA menerusi JKPTG dalam menangani tunggakan kes pembahagian pusaka sehingga jumlahnya berkurangan kepada 42,961 kes.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka peringkat negeri, hari ini.
KOTA BHARU: Sebanyak 40 peratus atau 29,423 daripada 72,384 tunggakan kes pembahagian pusaka berjaya diselesaikan sejak awal tahun ini hingga Ogos lepas, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata ia adalah hasil usaha berterusan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dalam menangani tunggakan kes pembahagian pusaka sehingga jumlahnya berkurangan kepada 42,961 kes.
Katanya pencapaian positif itu juga susulan semakan semula langkah kawalan COVID-19 semasa fasa peralihan ke endemik dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 oleh kerajaan mulai April dan Mei lepas.
“Penempatan semula pegawai Unit Petugas Khas (UPK) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang sebelum ini ditempatkan di pentadbiran tanah negeri ke Pejabat Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di setiap negeri di Semenanjung Malaysia telah membantu meningkatkan kapasiti penyelesaian kes dalam jangka masa pendek.
“Penyelesaian tunggakan kes berjalan lancar dengan sokongan dan kerjasama berterusan daripada pihak-pihak berkuasa negeri,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub yang mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata KeTSA juga berharap pengambilan 50 pegawai dan 50 pembantu tadbir secara kontrak mulai Jan 2023 kelak dapat menyelesaikan baki tunggakan secara tuntas dan segera.
“Tindakan ini juga supaya tunggakan kes dapat diselesaikan sebelum pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) dikuatkuasakan,” katanya.
Menurutnya purata tahunan kes yang diterima pada waktu ini adalah 60,000 kes dengan Kedah mencatat angka tertinggi iaitu 13,000 kes.
Katanya di Kelantan sahaja terdapat 7,570 kes pembahagian pusaka yang tertunggak setakat Ogos lepas dan diharap kes tunggakan ini dapat diselesaikan segera sebelum pindaan akta berkenaan dikuatkuasakan.
Beliau berkata pihak JKPTG sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memastikan cadangan pelantikan kakitangan tambahan secara kontrak selama tiga tahun tersebut dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
“Kakitangan tambahan yang dilantik secara kontrak ini akan ditempatkan di UPP negeri berdasarkan keperluan dan dijangka proses pengambilan selesai dibuat menjelang Disember ini dan tarikh lapor diri pada awal Januari 2023.
“KeTSA akan terus menerajui usaha bagi memastikan isu tunggakan pembahagian pusaka kecil diberi perhatian sewajarnya dalam memastikan suasana harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat selaras dengan Nilai Kebersamaan dalam konsep Keluarga Malaysia,” katanya.
Menurutnya JKPTG juga akan membuka klinik penyelesaian tunggakan pusaka bagi memberi peluang kepada pelanggan serta waris hadir mendapatkan khidmat nasihat mengenai isu harta pusaka yang dihadapi dan konsultasi berhubung tatacara permohonan pembahagian pusaka.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked