WANITA DIDAKWA BUAT LAPORAN PALSU ANAK DIDERA ALA MILITAN
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan lanjut telah dibuat terhadap mangsa di Hospital Shah Alam mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa.
SHAH ALAM: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah institusi milik badan bukan kerajaan (NGO).
Zuraina Zamri, 45, didakwa membuat laporan palsu dengan memberikan maklumat secara bertulis kepada seorang anggota polis di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, Petaling pada 12.45 tengah malam, 21 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman mencadangkan jaminan RM3,000 dan Zuraina diminta tidak mengeluarkan kenyataan media yang boleh menjejaskan prosiding kes.
Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Zuraina memohon jumlah itu dikurangkan kerana ini kali pertama anak guamnya didakwa dan susulan daripada itu anaknya yang berusia 20 tahun kini tular di media sosial.
Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh dilarang mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengganggu kes dan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Nov.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan hari ini berkata wanita itu yang juga pengadu telah membuat laporan kira-kira 11 malam, 21 Ogos lepas mendakwa anaknya yang merupakan pelatih di sebuah madrasah telah dipukul, ditumbuk dan kepala diketuk oleh warden serta mahu mengeluarkan anaknya dari tempat terbabit.
Mohd Iqbal berkata susulan laporan itu, pihaknya mendapati anaknya dihantar ke pusat itu selama empat bulan bagi menjalani rawatan pemulihan ketagihan dadah.
“Pada 23 Ogos, anak pengadu telah membuat satu laporan polis menyatakan dia tidak dipukul oleh pihak madrasah itu dan selang dua hari kemudian, lelaki berkenaan sekali lagi membuat laporan polis mengatakan dipukul oleh pihak yang sama.
“Pemeriksaan lanjut telah dibuat terhadap mangsa di Hospital Shah Alam mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa,” katanya.
Mohd Iqbal berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan telah dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya dan diputuskan tiada tindakan lanjut (NFA), namun pengadu kes itu dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan hari ini.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.