Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

296 PENIAGA KECIL BUKAN ASNAF DIBANTU MAIS

DALAM NEGARA

296 PENIAGA KECIL BUKAN ASNAF DIBANTU MAIS

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan wang tunai RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di Selangor yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Penyaluran sumbangan RM300 setiap peniaga kecil itu dilaksanakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), yang juga anak syarikat MAIS.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pembayaran sumbangan itu telah selesai dikreditkan ke dalam setiap akaun penerima bantuan.

“Kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah peniaga-peniaga kecil yang bukan asnaf di bawah kategori B40. Bantuan disalurkan ini adalah hasil Tabung Prihatin COVID-19 MAIS.

“Pihak MAIS berharap dengan bantuan yang telah disalurkan ini, dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MAIS turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada Tabung Prihatin COVID-19 MAIS. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading