PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan seramai 35 pegawai kanan kerajaan diarah menjalani kuarantin diri selama 14 hari selepas menghadiri mesyuarat pacsa Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Jabatan Perdana Menteri, di sini Rabu lalu.
Ini berikutan kumpulan 35 pegawai itu menghadiri mesyuarat bersama seorang yang dikesan positif COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ujian calitan pertama ke atas 35 pegawai berkenaan didapati negatif tetapi perlu menjalani kuarantin sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kami telah menasihatkan mereka supaya menjalani kuarantin 14 hari di rumah masing-masing dan ujian calitan kedua akan dibuat pada hari ke-13. Sekiranya keputusan negatif, mereka dibenarkan bertugas semula,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.
Semalam, kenyataan Pejabat Perdana Menteri, menyebut Muhyiddin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang semalam susulan kehadiriannya dalam mesyuarat pasca Kabinet itu.
Dr Noor Hisham berkata pegawai yang didapati positif COVID-19 dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pengasingan.
Mengenai wanita hamil di Kelantan yang disahkan positif COVID-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang, Selangor, baru-baru ini, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa 26 daripada 30 kontak rapat di Kelantan yang menjalani saringan COVID-19 didapati negatif.
“(Baki) Empat kontak rapat di Selangor telah dikenal pasti, satu negatif dan tiga masih menunggu keputusan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun keputusan ujian saringan COVID-19 mereka adalah negatif, namun mereka perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
Rabu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa wanita hamil 35 minggu itu disahkan positif COVID-19 selepas melakukan rutin pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak di Kuala Krai, Kelantan.
Wanita tersebut pulang ke kampung halamannya pada 15 Mei lalu untuk bersalin anak kedua. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager