KUALA LUMPUR: Kekangan penularan COVID-19 tidak menghalang AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) untuk terus menyantuni audiens penonton dengan pendekatan inklusif dan kreatif menepati norma baharu Malaysia.
Malah TV AlHijrah terus ke depan dalam merencana programnya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hinggalah ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi kehendak penonton setianya.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, stesen TV Islamik itu berpeluang merancang dua kempen besar sepanjang tempoh PKP dan PKPB iaitu Kempen Ramadan dan terkini Kempen Aidilfiti.
“Kelaziman baharu dek wabak Covid-19 ini menuntut penglibatan inklusif seluruh warga kerja stesen ini untuk tampil kreatif berganda dalam memastikan dakwah dan hiburan tidak keterlaluan terus disajikan tanpa henti buat penonton.
“Kami bereksperimen dengan pelbagai strategi baharu dalam memastikan penonton kekal setia di stesen TV AlHijrah. Sebagai contoh, kami perkemaskan platform digital yang tidak memerlukan banyak tenaga kerja dalam menghasilkan sesuatu rancangan namun memberikan impak yang sangat tinggi dan memberangsangkan.
“Lihat sahaja kejayaan program Jom Ngaji dan E-Kaunter Netizen bersama Syamsul Debat. Ini adalah bukti bahawa penonton sudah mula mengadaptasi kepada norma penyiaran baharu,” kata pengemudi stesen TV Islamik yang akan menyambut ulang tahun kesepuluh penubuhannya pada tahun ini.
Namanzee berkata TV AlHijrah memilih tema Syawal Menyatu Hati sebagai asas kepada sambutan perayaan Aidilfitri 1441H tahun ini.
“Benar, pada saat ini, kita semua khuatir, risau, gusar dan takut dengan wabak COVID-19 tetapi Aidilfitri masih perlu terus diraikan. Lihat kembali kepada falsafah sambutan Aidilfitri di dalam Islam. Sekiranya diamati, pensyariatan perayaan Aidilftri ini berlaku selepas pelaksanaan ibadah yang besar dalam Rukun Islam iaitu ibadah puasa.”
“Maka, tidak keterlaluan jika kita katakan tradisi sambutan perayaan Aidilfitri ini mempunyai matlamat dan falsafah yang amat tinggi dan mulia. Cuma kita harus pastikan sambutannya pada tahun ini dalam keadaan besederhana, berwaspada serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.”
“Kami di TV AlHijrah berusaha sehabis baik untuk menyajikan rancangan-rancangan yang mampu menyatu hati penonton semua dalam meningkatkan keimanan sekaligus memberi nilai tambah dalam kehidupan,” katanya.
Sambutan Syawal tahun ini menyaksikan TV AlHijrah memperuntukkan 25 jam program Aidilfitri di platform televisyen dan digitalnya, membabitkan program genre dewasa, wanita dan remaja.
“Bukan itu sahaja, Ramadan tahun ini turut memperlihatkan kerjasama erat di antara TV AlHijrah dan rakan penyiar lain dalam dan luar negara,” kata Namanzee.
TV AlHijrah juga akan membawakan rancangan khas Assalamualaikum Solat Raya Live yang akan disiarkan secara serentak Astro Oasis dan Astro Naura.
“Menerusi Assalamualaikum Solat Raya Live penonton bukan sahaja boleh menyaksikan solat hari raya Aidilfitri yang dilaksanakan di Studio Digital TV AlHijrah, malahan para penonton juga berpeluang untuk mendengar Khutbah Raya yang akan disampaikan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya.
Tidak melupakan hiburan dalam kerangka Islamik, TV AlHijrah juga akan menyiarkan empat filem istimewa terbitan produksi dalam dan luar negara khas buat semua.
“Peminat seni bela diri silat wajib untuk menonton filem tayangan perdana berjudul Geran terbitan Layar Pictures Sdn Bhd. Filem yang berkisar tentang dunia persilatan ini, turut mengajar penonton erti persahabatan, kasih sayang dan kemaafan.
“Kami bawakan juga Bioskop Hijrah iaitu barisan filem Indonesia seperti Malaikat Kecil, Iqro My Universe dan Kalam Kalam Langit. Kesemua filem ini memiliki DNA penyiaran TV AlHjrah iaitu mempromosi gaya hidup Islam dan nilai-nilai murni universal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.
Antara program istimewa TV AlHijrah yang wajib ditonton adalah rancangan Munajat, Malaysia QuranTime Istimewa Aidilfitri, Berita AlHijrah Istimewa Aidilfitri, Belaian Kasih Istimewa Aidilfitri, Kembara Suci Jejak Bumi Anbiya Istimewa, Tausiyah Ustazah Asma Istimewa Aidilfitri dan E-Kaunter Netizen Syamsul Debat. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.