Mohd Khuzzan (duduk, dua kiri) ketika merasmikan mesyuarat PIBG SK Padang Sari, Batu Pahat.
BATU PAHAT – Kerajaan Johor menyambut baik langkah yang dilaksanakan
Kementerian Pendidikan untuk memberi laluan khas kepada atlet, OKU,
orang asli dan mereka yang berpendapatan rendah bagi melanjutkan
pengajian ke universiti awam.
Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar
berkata, beliau berharap atlet di negeri ini dapat memanfaatkan peluang
tersebut agar karier sukan dan pencapaian akademik mereka berada dalam
keadaan seimbang.
“Dalam masa terdekat ini saya akan berbincang
dengan dua universiti awam di negeri ini iaitu Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi
membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.
“Perbincangan ini bagi membolehkan atlet di negeri ini melanjutkan
pengajian di peringkat diploma atau ijazah terutama dalam bidang sains
sukan atau kursus bersesuaian,” katanya.
Beliau yang juga ADUN
Semerah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Padang Sari,
semalam.
Turut hadir, Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara
(YPM) Johor yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Sri Padang Sari, Mohd Yusof Ahmad.
Menurutnya, selain UTM dan
UTHM, beliau juga akan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Pendidikan
Johor (YPJ) bagi melahirkan golongan atlet yang mempunyai ilmu,
sebagaimana yang diamalkan di negara maju.
“Sebenarnya, apa yang
diumumkan Kementerian Pendidikan merupakan khabar baik kepada atlet dan
saya harap inisiatif ini menarik lebih ramai pelajar sekolah untuk
cenderung menjadi ahli sukan atau atlet.
“Keadaan sekarang telah
berubah kerana pelajar ke sekolah bukan sahaja untuk menuntut ilmu
tetapi menjadi modal insan yang berjaya dan aktif, serta seimbang dalam
kedua-dua bidang iaitu akademik juga kegiatan kokurikulum,” katanya.
Pada
masa sama, beliau meminta kerjasama daripada guru dan ibu bapa
terutamanya di negeri ini bagi melahirkan pelajar yang mampu
mengharumkan nama negara secara serentak di dalam bidang sukan dan
akademik pada masa akan datang.
Sabtu lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan terdapat empat golongan yang akan diberikan laluan khas tanpa perlu bersaing dengan kumpulan arus perdana untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked