Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

40 KANAK-KANAK, TIGA GURU TERPERANGKAP BANJIR KILAT

DALAM NEGARA

40 KANAK-KANAK, TIGA GURU TERPERANGKAP BANJIR KILAT

Seramai 40 kanak-kanak serta tiga guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Darul Ulum, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, di Bayan Lepas, terperangkap dalam kejadian banjir kilat, pagi tadi.

BAYAN LEPAS: Seramai 40 kanak-kanak serta tiga guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Darul Ulum, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, di sini terperangkap dalam kejadian banjir kilat, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10 pagi sebelum menggerakkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bersama jentera EMRS bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat,” katanya seperti dilapor media.

Katanya kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi banjir ke tempat selamat oleh kenderaan pacuan empat roda (4×4).

Difahamkan banjir kilat di kawasan itu berlaku susulan hujan berterusan selama beberapa jam pagi tadi.

“Limpahan air dari parit berdekatan menyebabkan air naik ke kawasan Pasti dan ke atas jalan raya serta rumah separas 0.6 meter,” katanya.

Setakat yang dilaporkan hujan sudah berhenti dan keadaan selamat serta terkawal.

Bagaimanapun bomba masih melakukan pemantauan dari semasa ke semasa berikutan cuaca tidak menentu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading