406 KAWASAN TITIK PANAS DI SELURUH NEGARA DIKENAL PASTI
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.
Antara kawasan titik panas ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor. – Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit, setakat ini.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Irzam Osman berkata antara kawasan itu ialah Mukah, Miri di Sarawak; Dungun, Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan di Pahang; Pasir Mas, Bachok di Kelantan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Selangor.
Justeru, Ahmad Irzam berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perhutan dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan berkala sama ada melalui rondaan serta tinjauan udara menggunakan helikopter atau dron bagi memastikan keadaan terkawal.
“Setakat ini, status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap, Kedah dan Jempol, Negeri Sembilan. Penduduk di kawasan berkenaan telah diingatkan untuk berjaga-jaga kerana suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius telah berlaku tiga hari berturut-turut,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi itu di Putrajaya baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad Irzam berkata sebanyak 4,106 kes pembakaran terbuka dicatatkan setakat Mac lepas.
“Kami jangkakan jumlah ini akan meningkat berbanding tahun lepas dengan 9,596 kes berikutan cuaca panas yang diramal hingga Ogos ini.
“Selain itu, kebakaran tanah gambut juga dikategorikan sebagai pembakaran terbuka kerana melibatkan pembakaran berskala besar yang mungkin tercetus kerana keadaan cuaca semasa,” katanya.
Menurut Ahmad Irzam, pihaknya telah bersedia sama ada dari segi kelengkapan logistik kebakaran dan keanggotaan bagi mengendalikan kes pembakaran terbuka yang dijangka meningkat tahun ini ekoran cuaca panas.
Dalam pada itu, beliau berkata JBPM akan menggunakan peralatan pemadaman kebakaran hutan MARK III hasil inovasi pegawai JBPM yang berfungsi seperti alat pemercik tanaman untuk mengelakkan kebakaran tanah gambut daripada merebak yang boleh mengakibatkan jerebu melampau. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests