MANFAAT STRATEGI PEMASARAN DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR: Pemasaran dalam talian mampu membantu sesebuah perniagaan meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Oleh itu amat penting untuk para usahawan memberi tumpuan merangka strategi pemasaran menggunakan platform digital.

Pengasas Million Dinero Group Sendirian Berhad, Datuk Jamal Syazwan Jamaludin berkata beliau memulakan strategi pemasaran dalam talian pada 2019 dengan menggunakan platform Facebook dan berjaya meraih peningkatan jualan yang ketara.

Ujarnya melalui jualan dalam talian, beliau berjaya mendapat pelanggan dari Singapura, Indonesia, dan Brunei.

Jesteru beliau berharap para usahawan untuk memanfaatkan pemasaran dalam talian dengan sebaiknya untuk mengembangkan lagi perniagaan dan menambah jumlah jualan.

Berbekalkan pengalaman yang dimiliki, Jamal berkata syarikatnya yang berpangkalan di Simpang Ampat, Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan pemasaran internet untuk para usahawan yang memerlukan bimbingan.

Syarikat itu juga telah mendapat pengiktirafan World Muslimpreneur atas kecemerlangan dalam perniagaan.

Jamal berkata anugerah itu menjadi dorongan untuknya dan pasukan terus mencapai pelbagai kejayaan dan membantu mereka yang memerlukan. – AlHijrah Online

Leave a Reply