Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

50 LEMBU MATI KERACUNAN, PENTERNAK RUGI RM200,000

DALAM NEGARA

50 LEMBU MATI KERACUNAN, PENTERNAK RUGI RM200,000

MELAKA: Seorang penternak kerugian kira-kira RM200,000 apabila 50 ekor lembu ternakannya mati akibat keracunan di Machap Umboo, Alor Gajah, di sini hari ini.

MELAKA: Seorang penternak kerugian kira-kira RM200,000 apabila 50 ekor lembu ternakannya mati akibat keracunan di Machap Umboo, Alor Gajah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 43 tahun itu menyedari lembu miliknya dan adiknya itu, mati keracunan selepas diberitahu oleh seorang pekerja pada 7.30 pagi tadi.

“Pengadu beritahu kali terakhir dia lihat lembu tersebut masih dalam keadaan baik pada petang semalam, namun ternakan tersebut tidak dimasukkan ke dalam kandang kerana musim hujan dan dibiarkan berkeliaran mencari makan di dalam ladang kelapa sawit .

“Siasatan awal mendapati lembu tersebut menceroboh kawasan kebun tanaman pokok durian berhampiran ladang kelapa sawit tempat ternakan itu berkeliaran berikutan terdapat kesan pagar roboh akibat dirempuh binatang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata ternakan tersebut kebiasaannya mencari makan dengan meragut di ladang kelapa sawit berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mengambil sampel daripada lembu yang mati itu dan siasatan awal agensi itu mendapati haiwan tersebut dipercayai mati akibat keracunan kerana mulut berbuih, organ keluar darah dan keadaan dalaman lembu yang abnormal.

Menurutnya kejadian itu dipercayai berlaku antara 6.30 petang semalam dan 7.30 pagi ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan dan tiada tangkapan dibuat,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading