50,000 TEMPAT UNTUK GENERASI MUDA FELDA BELAJAR TVET – AHMAD ZAHID
BENTONG: Sebanyak 50,000 tempat disediakan kepada generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berucap pada Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama HAWA Malaysia di Felda Chemomoi hari ini. – Bernama
BENTONG: Sebanyak 50,000 tempat disediakan kepada generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata peluang itu ditawarkan di lebih 1,300 institusi TVET kepada generasi kedua hingga kelima tanah rancangan, dengan kursus disediakan adalah bersesuaian dengan kehendak guna tenaga negara.
“Tentulah kursus yang diadakan tidak lagi mengikut kursus konvensional. Kita (kena) lihat bagaimana agensi dan syarikat yang menyediakan kerja…umpamanya kita mahu terlibat dalam bidang seperti pengurusan tempat peranginan, melancong, insurans atau bidang-bidang lain.
“Pada hemat saya kursus yang disediakan hendaklah sesuai dengan pasaran dan kehendak semasa bagi membolehkan mereka dapat memenuhi peluang pekerjaan yang luas,” kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah semasa berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Felda Chemomoi di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Ahmad Zahid berkata perbincangan akan dilakukan dengan pihak terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Human Resources Development Corporation (HRD Corp) untuk melihat keperluan semasa dalam kursus yang boleh ditawarkan.
Beliau berkata HAWA, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah UMNO juga diminta turut membantu dengan mewujudkan kursus dan latihan terbaik buat golongan wanita dan generasi muda Felda.
Selain itu, beliau berkata mengambil kira pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kewujudan pusat hemodialisis di wilayah Felda dikendalikan Yayasan Felda, Ahmad Zahid berkata latihan bagi menguruskan pusat dialisis itu merupakan antara yang boleh ditawarkan kepada golongan muda.
Pada sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS) Serdang, Selangor, 7 Julai lepas, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM21 juta bagi pembinaan 12 pusat hemodialisis di seluruh wilayah Felda.
Menurutnya permohonan supaya peluang melanjutkan pendidikan TVET dibuka kepada generasi muda Felda antara yang ‘dibisikkan’ Ahmad Shabery kepada beliau.
Ahmad Zahid berkata pembangunan modal insan Felda antara komitmen Kerajaan Perpaduan yang peka dengan kehendak dan keperluan masyarakat di tanah rancangan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked