5,439 KES BAHARU COVID-19

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada 27 Januari 2022 adalah 5,439 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,850,408 kes.

Ujar beliau, maklumat terperinci berkenaan kes COVID-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

– AlHijrah Online

Leave a Reply