MENGAMUK PECAHKAN KERETA, POLIS TAHAN DUA LELAKI

TAIPING: Dua lelaki ditahan polis selepas tular satu video memaparkan seorang lelaki memecahkan sebuah kereta di hadapan Crystal Greek Residence, Taiping, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, dua individu terbabit masing-masing berusia 29 dan 44 tahun ditahan kira-kira 12.55 tengah hari tadi.

Menurut ACP Osman, polis sebelum itu mengesan satu video yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk ‘A Dog Died After Being Run Over So The Owner Decided To Take Revenge’.

Katanya, bertindak atas maklumat, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah mengesan dan menahan kedua-dua lelaki terbabit.

Jelas beliau, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seskyen 323 Kanun Keseksaan.

Sejak kelmarin, tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 40 saat itu menunjukkan seorang lelaki memegang sebatang kayu sambil mengamuk dan memecahkan cermin belakang sebuah kereta jenama Mazda.

Difahamkan lelaki terbabit mengamuk selepas tidak berpuas hati anjingnya digilis mati pemilik kereta terbabit. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid

Leave a Reply