RIBUT PETIR LANDA SHAH ALAM

GAMBAR KREDIT: PENGGUNA TWITTER

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Shah Alam dilapor dilanda ribut petir petang ini.

Di laman sosial Facebook, pengguna mula berkongsi video dan gambar kesan ribut kuat yang berlaku di bandar tersebut.

Ribut kencang dan hujang lebat petang tadi menyebabkan pokok tumbang serta kerosakan di parkir letak kenderaan dipercayai di Giant Seksyen 13 Shah Alam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Selangor antaranya Hulu Selangor, Gombak dan Petaling, Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor. – Alhijrah Online

Leave a Reply