More in DUNIA
-
DALAM NEGARA
QARIAH MALAYSIA, QARI INDONESIA JOHAN MTHQA 2026
Nur Syakura yang berasal dari Sarawak itu memperoleh 91.83 markah, mengatasi wakil Singapura, A’tiiqah Binte Suhaimi,...
-
DALAM NEGARA
EL-SISI TIBA DI MALAYSIA, LAWATAN NEGARA PERTAMA SEJAK JADI PRESIDEN
Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi tiba di Malaysia bagi lawatan negara dua hari yang menjadi kunjungan...
-
DALAM NEGARA
ANWAR – MIN AUNG HLAING BERTEMU EMPAT MATA DI PUTRAJAYA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing...
-
DUNIA
MOHAMAD SABU SERU RAKYAT MALAYSIA TERUSKAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan mereka yang...
-
DALAM NEGARA
DADAH DALAM JET PERIBADI DARI MALAYSIA
Polis Laos merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan...

MADINAH, 17 Jun – Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah Malaysia menunaikan Ibadat Haji di Arab Saudi pada tahun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata secara puratanya setiap lapan orang petugas akan menjaga 3,200 jemaah bagi tempoh 45 hari pada musim haji yang akan bermula antara Ogos dan September nanti.
Beliau berkata 600 petugas itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rombongan Kebajikan seramai 350 petugas dan Rombongan Kesihatan yang terdiri daripada 250 petugas.
“Petugas Haji dari Rombongan Kebajikan adalah anggota TH sendiri, petugas dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kor Agama Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pembimbing Ibadat Haji (Pihtas),” katanya kepada pemberita Malaysia mengenai persiapan TH bagi musim haji tahun ini, di sini.
Rombongan Kesihatan pula akan terdiri daripada doktor-doktor pakar dan kakitangan kesihatan, katanya.
Syed Salleh berkata TH juga mengambil tenaga tambahan daripada kalangan penduduk tempatan sebagai Pembantu Petugas Haji (Patuh), seramai 260 orang. Beliau berkata latihan dan kemahiran petugas haji diberi penekanan melalui beberapa siri kursus yang diadakan sepanjang tahun sebelum bermulanya operasi haji.
“Ini adalah bagi melahirkan seorang Petugas Haji Idaman yang kompeten, mesra, cekap dan bermaklumat di setiap stesen operasi sama ada di tanah air maupun di Tanah Suci semasa berurusan dengan para jemaah,” katanya.
Bagi Operasi Haji Tanah Air di Malaysia pula bilangan petugas TH adalah seramai 250 orang dan agensi awam antara 800 hingga 1,200 orang, katanya. Beliau berkata petugas agensi luar termasuk kakitangan PDRM, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri, Majlis Perbandaran dan kerajaan negeri,” katanya.
BERNAMA