More in DUNIA
-
DALAM NEGARA
MALAYSIA KEMBALI JADI TUAN RUMAH IIFA SELEPAS 19 TAHUN
Persidangan IIFA Kali Ke-27 bakal membahaskan tujuh teras fiqh kontemporari meliputi kecerdasan buatan (AI), perubatan moden,...
-
DUNIA
KERAJAAN NAFI SYARIKAT MALAYSIA TERLIBAT KEBAKARAN HUTAN INDONESIA
Kerajaan menafikan syarikat perladangan Malaysia menjadi punca kebakaran hutan di Indonesia selepas pemantauan MPOB mendapati api...
-
DUNIA
LEBIH 2,600 PENDUDUK HILANG TEMPAT TINGGAL AKIBAT OPERASI TENTERA ISRAEL DI HEBRON
Pihak Berkuasa Palestin pada Ahad memaklumkan hampir 2,700 penduduk telah kehilangan tempat tinggal akibat operasi ketenteraan...
-
DUNIA
PAKATAN ARAB SAUDI PINTAS PELURU BERPANDU SELEPAS HOUTHI SERANG LAPANGAN TERBANG RIYADH
Pakatan tentera pimpinan Arab Saudi pada Isnin memaklumkan pihaknya telah memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan...
-
DUNIA
PILIHAN RAYA NEGARA HARAM ISRAEL, TALIAN HAYAT ATAU KERANDA POLITIK NETANYAHU?
Pilihan raya Negara Haram Israel 2026 menjadi penentu masa depan politik Benjamin Netanyahu ketika beliau berdepan...

PUTRAJAYA, 9 Jun – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Istanbul pada 7 Jun 2016 yang telah meragut beberapa nyawa, termasuk pegawai polis, serta mencederakan orang awam.
Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.Laporan awal mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul. Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Istanbul hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Republik Turki.
Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa.
BERNAMA