Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar. Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
BANGI – Malaysia telah memuktamadkan 74 peratus jarak sempadan
antarabangsa darat negara dengan Thailand, Indonesia dan Brunei pada
tahun lepas, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier
Jayakumar.
Beliau berkata ia merangkumi 2,431 kilometer (km) daripada jumlah
3,257 km melalui projek penandaan dan pengukuran sempadan darat dan
antarabangsa Malaysia.
Selebihnya iaitu kira-kira 826 km atau 26
peratus masih belum dimuktamadkan, kerana proses rundingan masih
berjalan kerana terdapat isu tuntutan wilayah yang bertindih dengan
negara-negara jiran, katanya.
“Rundingan adalah bagi menyelesaikan isu persempadan darat di
sembilan kawasan yang masih lagi menjadi pertikaian antara Malaysia dan
Indonesia. Rundingan menunjukkan impak yang positif,” katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KATS 2018
di sini hari ini.
Lima kawasan yang masih dalam rundingan ialah
di sektor Sabah-Kalimantan Utara, dan empat lagi kawasan di sektor
Sarawak-Kalimantan Barat, katanya.
Bagi sempadan
Malaysia-Thailand, beliau berkata anggaran kawasan sepanjang empat km di
Bukit Jeli, masih belum dapat diselesaikan dan dalam proses rundingan
antara kedua-dua negara.
Manakala kerja-kerja penandaan dan pengukuran sedang giat dijalankan secara bersama bagi sempadan Malaysia-Brunei, katanya.
Dalam
pada itu, katanya kerajaan telah memuktamadkan sempadan maritim
sepanjang 3,990 km atau 69 peratus daripada jumlah keseluruhan sepanjang
5,749 km, dan selebihnya masih dalam proses rundingan ekoran
terdapatnya tuntutan wilayah maritim yang bertindih.
“Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) telah menghadapi cabaran
getir menzahirkan kedaulatan sempadan negara di perairan Malaysia
seperti Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Sulawesi. Kedaulatan
negara di kawasan ini akan sentiasa dicabar oleh negara jiran, kerana
khazanah laut kaya dengan petroleum dan gas asli,” katanya.
Pada
majlis itu, seramai 854 pegawai daripada jabatan dan agensi di bawah
kementerian menerima APC, 21 menerima Anugerah Lama Berkhidmat, manakala
dua projek menerima Anugerah Khas Menteri kerana memberi sumbangan yang
siginifikan kepada perkhidmatan awam dan negara.
Dua projek itu adalah Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Darat Negeri dan Antarabangsa serta Peta Baru Malaysia, dan Projek Penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked