Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

80 ANAK BEKAS ANGGOTA GISBH BELUM DITUNTUT IBU BAPA – NANCY

DALAM NEGARA

80 ANAK BEKAS ANGGOTA GISBH BELUM DITUNTUT IBU BAPA – NANCY

Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada media selepas Program Bicara Eksekutif Siri 1/2025 “Cabaran Menuju Ke Puncak Kepimpinan” bersempena dengan Program Sanjungan Ilmu Anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM). –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) belum dituntut ibu bapa mereka.

Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

“Memang kita ada berhubung dengan ibu bapa, ada mempunyai minat untuk menuntut balik anak mereka tetapi atas sebab tidak kita ketahui, ada juga tidak jadi ambil. 

“Jadi kita mengharapkan kalau itu anak mereka, kita perlu beri keutamaan … ,” katanya kepada pemberita selepas Program Sanjungan Ilmu anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 80 kanak-kanak itu juga enam daripada mereka diperintahkan mahkamah untuk terus tinggal di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkenaan selama tiga tahun dan perintah tetap itu dikemukakan mengikut Seksyen 30(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mahkamah memerintahkan enam kanak-kanak ini perlu tinggal di bawah jagaan JKM selama tiga tahun. Ada sebab-sebab tertentu seperti isu berkaitan ibu bapa mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada majlis itu, Nancy turut melancarkan Sistem e-Pembelajaran Perkhidmatan Sosial (EPPESO) dan Portal Rasmi ISM. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading