Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LZS SASAR BANTU 94,000 KELUARGA ASNAF, BEBAS 4,500 INDIVIDU DARIPADA BELENGGGU KEMISKINAN TAHUN INI

DALAM NEGARA

LZS SASAR BANTU 94,000 KELUARGA ASNAF, BEBAS 4,500 INDIVIDU DARIPADA BELENGGGU KEMISKINAN TAHUN INI

Pengerusinya Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata LZS juga menyasarkan untuk meningkatkan taraf hidup 4,500 individu keluar daripada belenggu kemiskinan sepanjang tempoh sama.

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan untuk membantu 94,000 keluarga asnaf di negeri ini sepanjang 2025.

Pengerusinya Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata LZS juga menyasarkan untuk meningkatkan taraf hidup 4,500 individu keluar daripada belenggu kemiskinan sepanjang tempoh sama.

Beliau berkata pada tahun lepas, lebih 4,000 penerima zakat sudah melepasi haddul kifayah dan berjaya keluar daripada kategori asnaf.

“Ini bukti keberkesanan usaha kami melalui pelbagai program pembangunan yang disediakan untuk golongan asnaf termasuk pembangunan diri, keusahawanan, kerjaya dan pendidikan peringkat pengajian tinggi.

Untuk itu, kami komited memperkasakan golongan asnaf di Selangor dengan inisiatif zakat yang dapat mendorong kehidupan berdikari bukan sekadar bantuan sementara,” katanya pada majlis perasmian Menara Zakat Sultan Idris Shah, di sini hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan bangunan yang juga ibu pejabat baharu LZS bertempat di Seksyen 14, di sini.

Syed Anwar berkata selepas lebih 30 tahun beroperasi, LZS selaku institusi tunggal menguruskan zakat di Selangor kini mencapai agihan lebih RM11 bilion kepada golongan memerlukan sejak ditubuhkan pada 1994.

Beliau berkata untuk tahun 2024 sahaja, LZS menyokong hampir 80,000 keluarga asnaf dan lebih 5,000 individu muallaf, termasuk mendaftarkan 13,000 keluarga baharu untuk disantuni.

Berhubung bangunan ibu pejabat baharu itu, Syed Anwar berkata ia direka khusus untuk memenuhi keperluan asnaf dan muzakki, dengan purata 100 hingga 120 pelawat setiap hari.

“Menara ini juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang menggabungkan semua perkhidmatan bagi memastikan perkhidmatan lebih efisien,” katanya.

Mula diduduki pada 23 Sept tahun lepas, menara setinggi 14 tingkat itu dilengkapi kaunter pandu lalu bagi urusan kutipan dan agihan zakat, kios layan diri untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran atau permohonan zakat, selain kemudahan dewan seminar sebagai lokasi sesi latihan dan kursus untuk asnaf. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading