Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT, LIMA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI MARAN

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MAUT, LIMA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI MARAN

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala lima ahli keluarganya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM 164.7 Lebuhraya Pantai Timur, arah timur awal pagi tadi.

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala lima ahli keluarganya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM 164.7 Lebuhraya Pantai Timur, arah timur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, penumpang hadapan kenderaan berkenaan Muhammad Al Amin Mohd Adil, 12, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika bapa mangsa yang berusia 41 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Alphard dari Kuala Lumpur menuju ke Terengganu.

Ketika di tempat kejadian, beliau berkata kenderaan berkenaan dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.

“Siasatan mendapati pemandu lori itu memberhentikan kenderaan kerana hendak menukar tayar belakang kiri yang rosak dan terdapat kon diletakkan di belakang sebagai tanda amaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata akibat kemalangan itu juga bapa, ibu dan tiga adik Muhammad Al Amin cedera parah serta dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading