Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIK BALIK LESEN MEMANDU OKU BERDASARKAN KES TERTENTU- LOKE

DALAM NEGARA

TARIK BALIK LESEN MEMANDU OKU BERDASARKAN KES TERTENTU- LOKE

Kerajaan tidak mengamalkan dasar menarik atau membatalkan lesen memandu Orang Kurang Upaya (OKU), namun tindakan yang sewajarnya boleh diambil berdasarkan kes tertentu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (lima, kiri) bercakap kepada media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Ipoh Sentral antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd hari ini. –fotoBERNAMA

IPOH: Kerajaan tidak mengamalkan dasar menarik atau membatalkan lesen memandu Orang Kurang Upaya (OKU), namun tindakan yang sewajarnya boleh diambil berdasarkan kes tertentu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata golongan OKU termasuk bagi kategori mental, tidak boleh dijadikan mangsa, hanya kerana terdapat kes terpencil yang melibatkan pemandu golongan itu.

“Bukan dasar kita untuk memukul rata semua OKU. Mereka juga memerlukan lesen untuk berulang-alik (bagi urusan seharian). Kita tidak boleh menganggap semua pemandu OKU tidak boleh membawa kenderaan dengan selamat,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Cadangan Pembangunan Ipoh Sentral antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd, di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang cadangan sebuah persatuan pengguna supaya kerajaan menarik balik lesen individu yang disahkan sebagai OKU kategori mental, susulan kejadian tular melibatkan penunggang motosikal OKU mental dipukul di sebuah pasar pagi di Chukai, Terengganu pada 17 Jan.

Kejadian itu dipercayai berpunca selepas motosikal lelaki itu terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan untuk jualan terjatuh.

Selain itu, Loke berkata kebanyakan golongan OKU yang diberi lesen oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan pemandu yang bertanggungjawab dan mampu mengendalikan kenderaan dengan baik.

“Malah, pemandu e-hailing juga pemandu yang baik…kecuali dalam kes-kes tertentu yang mana kami akan menilai jika lesen perlu ditarik balik atau tidak,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading